30 Januari 2012



SIFAT-SIFAT WANITA
1. Kecantikan seorang wanita ialah
terletak sejauh
mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara
kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan
(menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang
yang
belum menemukan penghibur
duka dan dia baru memperolehinya dengan
berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari
kebahagiaan
hidup dengan
menghilangkan sebahagian
kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak
permasalahan
sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain
diatasi
setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga
harus
diwaspadai adalah
mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri
anda
kerana perasaannya yang
terbaik ialah ketika ia menerima anda
sebagai
suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang
kehilangan
kesempatan
menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari
dunia ini
hanyalah seorang suami,
dan apabila ia sudah memperolehinya, ia
menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu
pengkhianatan
suaminya, tetapi dia
tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti
apa-apa
dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal
seluruh jawaban
dan sesudah
kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita
kerana
hartanya, maka dia telah
menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita
bagi lelaki.
Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki
dalam
menangis dan dalam mengingatkan
peristiwa yang menyebabkan dia
menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan
menangis
apabila ia
menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang
wanita jika ia
tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam
mencintai dan
membenci, dan
tidak mengenal pertengahannya.

Tidak ada komentar: